CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 4 October 2012

My life at Preschool..2012

Just nak share dengan kawan-kawan...

       Menjadi seorang guru bukanlah mudah seperti yang diungkapkan oleh sebahagian masyarakat pada masa kini...Tugas guru adalah mendidik pelajarnya dari tidak mengenal ABC sehinggalah ia pandai membaca dan seterusnya dapat mempelajari ilmu sehingga ke menara gading. Guru juga bukan hanya sekadar memberikan ilmu pengetahuan malah mendidik sahsiah dan sikap kerohanian dalam diri seseorang murid agar menjadi insan yang berguna kelak...

       Begitulah juga saya, sebagai seorang guru Prasekolah... Bukan mudah untuk kita mendidik anak-anak kecil yang berumur 5-6 tahun.. dari cara memegang pensel, menulis, mengenal huruf, mengira dan membaca semuanya perlu dipelajari di kelas Prasekolah...sehinggakan tahap untuk mengurus emosi diri dan sikap kemanusiaan juga akan mereka pelajari...

       Saya mengajar di sebuah sekolah luar bandar yang bilangan muridnya agak kecil dan sekolahnya juga agak kecil. Bilangan masyarakat sekitarnya juga tidaklah begitu ramai. Jumlah bilangan murid disekolah saya seramai 42 orang murid sahaja. Guru adalah seramai 13 orang. Murid Prasekolahnya pula adalah seramai 15 orang sahaja. Walaupun bilangan murid yang agak kecil, saya suka dengan sekolah ini. Saya mula mengajar di sekolah ini sejak tahun 2008 sehingga sekarang. Pengalaman mengajar di Prasekolah adalah selama 7 tahun. Murid-murid Prasekolah ini saya anggap seperti anak-anak saya sendiri. Bukan mudah tau kawan-kawan...anak-anak kecil perlukan lebih perhatian tidak seperti murid-murid dialiran perdana..Bukan sahaja untuk mengajar tetapi perlu melayan kerenah mereka yang bermacam-macam...sabar itu separuh daripada iman... Biasalah, anak-anak kecil ini memerlukan kasih sayang dan belaian... Jadi sebagai guru prasekolah, saya perlulah menganggap semua ini adalah perkara yang menyeronokkan... 

Untuk tatapan rakan-rakan inilah kelas saya dan anak-anak didik saya..:)






Untuk tatapan kawan-kawan.... :)
Nanti upload lagi ye.. :)



7 comments:

  1. cantiknya kelas naja..TAhniah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak...setakat yg trmampu buat..bdk2 pn xrmai..

      Delete
  2. wah..cantiknya prasekolah cikgu..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih en.adrian..biasa je ni.. ada lagi aktiviti yang saya akan upload..tunggu ye.. slalu2 la intai-intai blog sy ni..

    ReplyDelete