CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, 13 November 2012

(KSPK) - KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH MALAYSIA.

1970an – KEMAS dan JPNIN memulakan kelas prasekolah awam
1986 – Buku Panduan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh KPM
1992 – KPM memulakan Prasekolah
1993 – Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh KPM
2003 – Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK)
2008/9 – KPK disemak semula

RASIONAL PENYEMAKAN KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN.

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) disemak semula untuk memastikan kurikulum yang holistik, tidak terlalu akademik dan tidak terlalu membebankan, mengikut keperluan semasa serta ada kesinambungan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.

PERUBAHAN YANG BERLAKU
Sistem pendidikan Negara perlu memberi penekanan kepada:
Pembangunan modal insan
Penghasilan pelajar celik minda
Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat
Program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif.

PERUBAHAN YANG DILAKUKAN
1.Kurikulum yang relevan dengan keperluan semasa dan cabaran masa depan
2.Memperkukuhkan kemahiran berfikir, berkomunikasi, inovasi, kreativiti dan keusahawanan.
3.Memastikan murid mempunyai nilai tambah seperti penguasaan pelbagai bahasa, beretika, yakin diri, jati diri, daya kepimpinan, semangat patriotik, pegangan teguh kepada ajaran agama
4.Memastikan kanak-kanak Malaysia mendapat early start dalam pendidikan melalui program prasekolah
5.Menjadikan pengalaman pembelajaran di prasekolah lebih bermakna dan menyeronokkan
6.Memastikan kesinambungan antara prasekolah dengan Tahun 1.
7.Menambahbaik Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang sedia ada.

KEDUDUKAN PRASEKOLAH DALAM SISTEM PERSEKOLAHAN MALAYSIA MEMBERI
PENEKANAN KURIKULUM DAN TAHAP PERSEKOLAHAN DALAM KURIKULUM TRANSFORMASI.

4 M
Membaca
Menulis
Mengira
Menaakul

MATLAMAT DAN OBJEKTIF KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN 2010
      Matlamat Kurikulum Standard PraSekolah Kebangsaan 2010 (KSPK) Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

4 kata kekunci
•Menyuburkan (Enriching)
•Aktif Penglibatan (Engaging)
•Selamat (Safe)
•Seronok (Fun)

OBJEKTIF KSPK
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada murid berumur 4-6 untuk mencapai objektif berikut
Jasmani:
•Mempunyai tubuh badan yang sihat
•Mempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal asas
•Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik
•Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan
•Menguasai kemahiran psikomotor asas – kemahiran motor halus dan motor kasar
Emosi:
•Mempunyai konsep kendiri yang positif
•Mempunyai keyakinan diri
•Mempunyai jati diri
•Berani mencuba
•Mempunyai kematangan emosi
•Menghormati perasaan dan hak orang lain
Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan
Intelek:
•Berkomunikasi dengan baik (membaca, menulis dan bertutur) menggunakan bahasa Malaysia
•Berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Inggeris
•Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Cina (untuk yang berkenaan)
•Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Tamil ( untuk yang berkenaan)
•Memperolehi kemahiran proses sains asas
•Memperolehi kemahiran matematik asas
•Memperolehi kemahiran berfikir asas, kemahiran menaakul
•Memperolehi kemahiran asas dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian murid
•Mempunyai daya kreatif dan estetika
•Menghargai keindahan alam dan warisan budaya
Rohani:
•Mengamalkan nilai murni
•Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
Sosial:
•Berkebolehan berkomunikasi yang mantap.
•Membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa dan rakan sebaya.
•Menyuarakan pandangan dan perasaan.
•Bekerjasama dengan orang lain.

REKABENTUK KURIKULUM
Kurikulum berasaskan Standard
Kurikulum berbentuk modular

KURIKULUM BERASASKAN STANDARD

Justifikasi Penggunaan Standard.
•Tujuan utama penetapan standard adalah untuk ekuiti dan kualiti.
•Ekuiti membawa maksud semua murid diberi peluang pendidikan yang sama
•Kualiti membawa maksud bahawa semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti.
•Lantaran matlamat kurikulum berasaskan standard adalah untuk memberi pendidikan berkualiti yang sama kepada semua murid.
•Kebertanggungjawaban (Accountability) guru dan pentadbir
Memastikan SEMUA murid melepasi piawai standard yang ditetapkan
Memastikan semua prasekolah awam dan swasta mematuhi keperluan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
•Skema dan piawai pengukuran
Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas untuk tujuan meningkatkan tahap pembelajaran murid
Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning)
Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah

KURIKULUM BERBENTUK MODULAR
•Kurikulum yang berbentuk modular merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit,bahagian atau unit ini dinamakan modul.
DUA JENIS MODUL
•Modul Teras Asas
•Modul Bertema

Modul Teras Asas
•Bahasa Malaysia
•Bahasa Inggeris
•Bahasa Cina/Bahasa Tamil
•Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
•Matematik
•Aktiviti di Luar (Outdoor activity)
Modul Bertema
•Modul Bertema merupakan modul bersepadu yang merangkumi unsur-unsur dalam keenam-enam Tunjang dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. Modul Bertema dibina menggunakan isu kehidupan/peristiwa seharian kanak-kanak.

Justifikasi penggunaan modul •Bersifat dinamik
pertambahan dan pengurangan kandungan boleh dilakukan tanpa menjejaskan keseluruhan kurikulum
• Pelaksanaan p & p yang fleksibel
Guru ada pilihan menggunakan modul mengikut kesesuaian

Happy Song Preschool..


Jom Belajar PHONICS..


Jom Belajar Mengira...

Video kegemaran anak-anak murid saya apabila mula-mula hendak belajar mengira..

Terima Kasih Cikgu...:)

Ungkapan "Terima Kasih" yang selalu setiap guru dengar dari anak-anak muridnya..

Wednesday, 7 November 2012

Sukaneka Sambutan Hari Kanak-kanak.












AKTIVITI MENGULI DOH TEPUNG & MEMBENTUK HURUF-HURUF ABC











Inilah antara aktiviti yang dijalankan pada tahun ini...murid-murid saya sangat seronok apabila aktiviti menguli doh dijalankan..kemain riuh rendah lagi kelas pada hari itu..:)

PROGRAM RAWATAN GIGI CANTIK 2012..

Jururawat yang bertugas mengendalikan sesi memberus gigi dengan betul..
Murid-murid melihat, mendengar dan mengaplikasi cara-cara memberus gigi dengan betul.
Betul-betul excited kan murid-murid saya ni... Sampaikan ada yang termuntah-muntah semasa menggosok gigi...hehehe
Sesi merawat gigi sendiri..

Majlis Konvokesyen & Penarafan Bintang Prasekolah Peringkat Negeri Melaka Tahun 2012

 Majlis berlangsung di Dewan Besar Ayer Keroh D'Village Resort pada 1 November 2012..
 Wakil murid dari Prasekolah Ixora, Nur Qistina Azzahra binti Khairul Anuar..
Menunggu giliran..

Thursday, 4 October 2012

My life at Preschool..2012

Just nak share dengan kawan-kawan...

       Menjadi seorang guru bukanlah mudah seperti yang diungkapkan oleh sebahagian masyarakat pada masa kini...Tugas guru adalah mendidik pelajarnya dari tidak mengenal ABC sehinggalah ia pandai membaca dan seterusnya dapat mempelajari ilmu sehingga ke menara gading. Guru juga bukan hanya sekadar memberikan ilmu pengetahuan malah mendidik sahsiah dan sikap kerohanian dalam diri seseorang murid agar menjadi insan yang berguna kelak...

       Begitulah juga saya, sebagai seorang guru Prasekolah... Bukan mudah untuk kita mendidik anak-anak kecil yang berumur 5-6 tahun.. dari cara memegang pensel, menulis, mengenal huruf, mengira dan membaca semuanya perlu dipelajari di kelas Prasekolah...sehinggakan tahap untuk mengurus emosi diri dan sikap kemanusiaan juga akan mereka pelajari...

       Saya mengajar di sebuah sekolah luar bandar yang bilangan muridnya agak kecil dan sekolahnya juga agak kecil. Bilangan masyarakat sekitarnya juga tidaklah begitu ramai. Jumlah bilangan murid disekolah saya seramai 42 orang murid sahaja. Guru adalah seramai 13 orang. Murid Prasekolahnya pula adalah seramai 15 orang sahaja. Walaupun bilangan murid yang agak kecil, saya suka dengan sekolah ini. Saya mula mengajar di sekolah ini sejak tahun 2008 sehingga sekarang. Pengalaman mengajar di Prasekolah adalah selama 7 tahun. Murid-murid Prasekolah ini saya anggap seperti anak-anak saya sendiri. Bukan mudah tau kawan-kawan...anak-anak kecil perlukan lebih perhatian tidak seperti murid-murid dialiran perdana..Bukan sahaja untuk mengajar tetapi perlu melayan kerenah mereka yang bermacam-macam...sabar itu separuh daripada iman... Biasalah, anak-anak kecil ini memerlukan kasih sayang dan belaian... Jadi sebagai guru prasekolah, saya perlulah menganggap semua ini adalah perkara yang menyeronokkan... 

Untuk tatapan rakan-rakan inilah kelas saya dan anak-anak didik saya..:)






Untuk tatapan kawan-kawan.... :)
Nanti upload lagi ye.. :)



Wednesday, 3 October 2012

alhamdulillah...

Akhirnya berjaya juga mencipta sebuah blog untuk assigment semester ini...thanks to my lovely sister kerana banyak membantu dalam penghasilan blog ini...blog ini mungkin tidak sehebat blog rakan-rakan yang lain...tetapi insyaallah akan dimurnikan dari masa kemasa yang lain...diharapkan rakan-rakan blog yang mengikuti blog ini dapat memberikan komen atau pendapat untuk saya perincikan lagi blog saya ini...terima kasih....